Pada tahun 1991..sewaktu berusia 14 tahun..Loque(Khairil Ridzwan Bin Anuar), Kadak(Mohd Fakharudin Bin Mohd Bahar) dan tiga rakan mereka iaitu Cop, Ayul dan Bobo bersekolah di Kolej Melayu Kuala Kangsar..lima remaja ini amat meminati bidang muzik dan menubuhkan sebuah band iaitu Loque's Tail..Pada waktu itu..kelima-lima remaja ini sering "Jamming" di Zai Am Studio yang terletak di Kuala Kangsar..
Pada tahun 1992...minat Loque's Tail dalam bidang muzik semakin mendalam tambahan pula zaman tersebut merupakan era Grunge..album Nirvana yang berjudul Nevermind memang banyak menyemarakkan diri mereka untuk utuh dalam bidang muzik..Setelah Cop dan Bobo terpaksa berundur dari Loque's Tail..Kalai menyertai kumpulan tersebut..namun tidak lama kemudian ayul turut berundur dari kumpulan tersebut..Setelah tinggal bertiga..Loque (vokalis/guitar), Kadak (bass) dan Kalai (drum) tetap meneruskan perjuangan mereka dengan aliran muzik grunge dan punk..
Pada pertengahan 1993..Loque pulang ke Kuala Lumpur untuk bercuti dan pada waktu itu Loque bertemu dengan Emmett di sebuah studio jamming di Petaling Jaya..Loque tertarik dengan kebolehan Emmett bermain gitar di studio Black Widow..Emmett ketika itu merupakan pemain gitar utama kumpulan Grunge Dayz..tidak lama kemudian Emmett meninggalkan Grunge Dayz dan dia bersetuju untuk menyertai kumpulan Loque serta bercadang untuk menghasilkan demo tape..Loque ketika itu sudah mempunyai dua buah lagu iaitu Girl Friday dan Nicotine...Loque dan Emmett kemudian buat pertama kali jamming di studio Black Widow dengan dua buah lagu tersebut..
Sebelum menduduki peperiksaan SPM pada 1994..Loque membawa Kalai bertemu dengan Emmett dan mereka jamming di studio Black Widow..setelah selesai SPM..mereka semakin serius dalam bidang muzik..namun Kadak mahu meneruskan pelajarannya.. disebabkan itu..mereka bercadang untuk mencari pemain bass baru..dan menamakan band mereka sebagai Butterfingers yang diberikan oleh Loque..Pada waktu itu..Butterfingers sudah mula dikenali di ibu kota dan sering dijemput membuat persembahan kecil...Butterfingers semakin bersemangat dalam perjuangan mereka setelah persembahan pertama kali mereka d Cobra Clubhouse d Petaling Jaya amat memberansangkan dan mendapat pujian dari banyak pihak...
Pada tahun 1995..Butterfingers merakamkan demo tape d FM studio dan mereka merakamkan 7 buah lagu yang d cipta oleh Loque..Demo tape tersebut di jual secara underground dan lama-kelamaan Butterfingers semakin popular dan pada 1 Mei 1995 .. sewaktu gig Moderate Rock di kelab Picadally..persembahan mereka meninggalkan kesan yang begitu mendalam kerana ada yang berpendapat Butterfingers mempunyai masa depan yang cerah dalam arena muzik...


0 ulasan:
Catat Ulasan