Google
 

Sabtu, Ogos 18, 2007

Fav band aku..History Of OAG..


OAG ditubuhkan pada tahun 1992..OAG bermaksud singkatan dari perkataan Old Automatic Garbage..ahli utama band ini pada mulanya ialah Radhi(vocals & guitar) ,Lam(bass) ,Ivan(lead guitar) dan Chi(drum)..band ini merupakan band Alternative rock Malaysia..lagu2 dan konsep yang terhasil dari band ini kebanyakkannya berentak unik..

Pada tahun 1994..OAG telah menghasilkan demo tape mereka dan menghantar kepada Paul moss yang merupakan produser Positive tone..OAG telah diambil sebagai artis dibawah Positive tone..pada tahun 1995..Ivan dan Lam terpaksa meninggalkan OAG kerana menyambung pelajaran..mereka telah digantikan dengan ahli baru iaitu Adin(lead) dan Edmund(bass)..dengan anggota baru mereka OAG membuktikan kemampuan mereka apabila membuat persembahan pertama dalam Coca Cola's comercial...

Slain itu..OAG juga pernah popular dengan lagu 60's tv..video clip 60's tv telah tercalon dalam anugerah video clip terbaik..muzik video tersebut berada d tempat top 4 selama 6 bulan berturut turut dalam rancangan Chart show's best pd thn 1995 yang d siarkan dalam Metro vision..OAG juga pernah memenangi kategori artis baru terbaik dalam Anugerah Industri Muzik(AIM) 1996 dan menaikkan nama band mereka..

Semua lagu yang terdapat dalam album OAG pada ketika itu dihasilkan oleh Radhi dan anggota kumpulannya sendiri..lagu2 yang dihasilkan pd ketika itu seperti Horrible Adorable, Goddess, Fantasism, Knocked Silly, Spastic Youth, Sweet FA, Disposable Garbage, Teardrop and Creepy Crawlies..

OAG sekali lagi berjaya membuktikan kemampuan mereka apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan sebuah lagu tema untuk The 9th FIFA/Coca Cola Cup World Youth Championship yang berlansung pada 16 jun 1997..tajuk lagu tema tersebut ialah Name Of The Game yang dicipta oleh Radhi sendiri dan lirik oleh Paul Moss..OAG menyanyikan lagu tema tersebut pada kejohanan yang pertama kali diadakan d Malaysia dan turut disiarkan di 25 negara lain yang turut menyertai kejohanan tersebut!

0 ulasan:

MuZiKaHoLiC BoX..

MaTsUDaiRa's GaMe..